Saturday, January 1, 2011

Anda Perokok Lelaki ? Terimalah Hakikat Bahawa Anda Akan Kekurangan Sperma !

 alaaa..ciputnya rokok dia..haha!

Assalamualaikum.
haaa..apa khabar korang? sedar tak sedar, lama jugak Daus tak keluarkan entri pasal kesihatan kan?hehe..asyik-asyik entri pasal kretiviti je..ok,harini Daus dah search kat google pasal perokok..oh! ini dimulakan pasal pakcik yang merokok kat tepi Daus tempoh hari! Dah la perokok! ajak pulak orang mati sekali dengan dia!hampeh! nak je Daus cakap "uncle, please dont break my heart" macam dalam iklan tuh..gyahaha!

Ok..back to topic..hey perokok lelaki! korang tau tak korang dok hisap rokok ni semakin hari sperm korang semakin sikit...alaaa..kesiannye korang..korang tau tak kalau sperm sikit nanti jadi apa?haaa..yang tu kita tak tahu, sila pergi tanya cikgu/pensyarah korang ye?hehe..hah..korang kat sini ada sesiapa yang hisap rokok? (ceh! berani ka nak ngaku lepas baca entri ni?)..oke, pepehal, jom kita baca entri ni ye? agak panjang sikit..tapi untuk jaga kesihatan anda, luangkan lah masa 10 minit (7 minit baca, 3 minit komen)..hehe




 LONDON: Lebih dua setengah juta lelaki di Britain menghadapi risiko tinggi kurang subur dengan meneruskan tabiat merokok, pengambilan minuman keras, dan makan terlalu banyak.

Doktor berkata, lelaki perlu memulakan gaya hidup lebih sihat untuk meningkatkan peluang mereka memiliki anak.

Satu tinjauan mendedahkan angka lelaki yang mempunyai bilangan sperma rendah begitu mengejutkan.

Akhbar Daily Mail melaporkan, penyelidik sudah menemui peningkatan bilangan lelaki yang dirawat kerana masalah kesuburan, sesuatu yang sebelum ini dianggap sebagai masalah wanita.

Di kalangan pasangan yang mempunyai masalah kesuburan, anggaran 40 peratus kes disebabkan pasangan lelaki.

Pakar mendapati kualiti dan kuantiti sperma lelaki menurun dan menjangkakan dalam masa sedekad lagi, satu dalam setiap tiga pasangan akan memerlukan rawatan kesuburan.

Beberapa kajian lain menunjukkan purata kadar sperma menurun lebih separuh.

Puncanya masih belum diketahui walaupun pakar mengesyaki faktor gaya hidup seperti alkohol dan penggunaan dadah, kurang bersenam dan kegemukan menyumbang kepada masalah itu. – Agensi

Faktor lain termasuklah pencemaran, penggunaan racun serangga dan hormon wanita dalam bekalan air minum.

Tinjauan oleh doktor Britain dan pesakit mereka mendapat sembilan peratus lelaki Britain iaitu 2.5 juta berdepan masalah bilangan sperma rendah.

Hampir separuh doktor - 44 peratus - mendakwa merokok ialah punca utama, menurut tinjauan yang dilakukan bagi Kesatuan Penjagaan Kesihatan Norwich.

Hampir satu bagi setiap 10 berkata, pengambilan alkohol menjejaskan bilangan sperma walaupun sebelum pengenalan perubahan lesen yang akan membawa kepada tempoh minum lebih panjang.


Dua daripada tiga doktor mahukan orang awam lebih menyedari isu itu tetapi 90 peratus berkata mereka tidak mempunyai masa membuka klinik kesuburan lelaki atau perkhidmatan seumpamanya.

Dr Ann Robinson berkata, tinjauan itu adalah satu amaran kepada penduduk muda Britain.

"Gaya hidup ialah sumbangan terbesar kepada kesihatan dan kesuburan lelaki cuma satu bidang yang terjejas oleh gaya hidup tidak sihat.

"Keputusan ini amat memeranjatkan dan sepatutnya menjadi alat penggera kepada lelaki dan wanita supaya menyedari minum dan merokok terlalu banyak boleh menjejaskan kemampuan memiliki keluarga," katanya.
Daus : susah sungguh kan nak bagi perokok Malaysia berhenti rokok? PM dah buat kempen "TAKNAK KEPADA ROKOK" pon diorang cakap "alaaa, sapa nak rokok bengkok? kami nak rokok lurus"..pandai sungguh perokok ni..orang dah jual ubat NiQuitin pon depa taknak beli..orang buat iklan geleng tangan tu plak, kita tak sokong..agaknya kena buat macam video kat bawah ni kot baru nak reti!


21 comments:

aYu^NiA said... Reply

hehehe...bgus tul iklan 2...baca n3 ni tingat iklan..."kirrri...kannnann.."tengs 4 share

KUREKURE COMEL said... Reply

lelaki ni susah nak insap....ish2...dpt lak kalau ade anak.....sedara aku berapa rmai dah mati sbb rokok.....huhuhu

Daus Ramli said... Reply

@ KUREKURE COMEL : innalillah..tu la kan? kawan aku pon ada hisap rokok..penat je aku nasihat dia..bukannya nak dengaq

arina said... Reply

ish2 . bertaubat laa kan sape2 yg isap okok tue . my boyfie isap okok tau .tktao cane nak naehatkn. hee. btw , nice info laa :)

si pendek dan moody said... Reply

thanks bg info . memang aku TAK AKAN CARIK LELAKI PEROKOK PENAGIH dan yg serupa dengannya , (sombong siket heheh)

>> picture last memang takbuleh blah betui , lawak r HAHA

athirah ariff . said... Reply

nice hahah

Daus Ramli said... Reply

@ arina : suruh dia baca entri ni..hehe

Daus Ramli said... Reply

@ si pendek dan moody : saja Daus letak pic lwk sikit..takde la boring sangat bila baca..

Daus Ramli said... Reply

@ athirah afiff : hehe

tulips etu chinta.. said... Reply

hahaha..thx gtaw info nieh..hehe
sumpah aq ta na cri laki per0kok!
kehkehkeh..
per0kok bau dye busuk laa!

LavenderPurpleMe said... Reply

btol3!! ader laki mmg xnak lgsung bhenti mrokok..pdahal da taw rokok tu bhaya...yg xleh blah nye...dorg lgsung xpkir ttg org len yg hidu asap rokok dorg...sakit ati jekk...saya pon de wat entry ttg rokok ni...tp entry tu sgt2 emo...hhahaa~ luangkn mse bca yer ;D

RuSh D said... Reply

mmg bakar duit jer..
kalo wat mkn lg bagus..
kenyang perut ati senang..hahaha

Daus Ramli said... Reply

@ tulips etu shinta : ahaha..bau lonkang kn? nyampah!

Daus Ramli said... Reply

@ LavendarPurpleMr : diorang bajet cool!

Daus Ramli said... Reply

Rush D :betol3..klau p McD pon bleh kenyang..ahaha!

mahirahnazlim said... Reply

cuba buat iklan TAK NAK MEROKOK buat tagline tang sperma kurang . haha . tgok dorang komen ape .

rrraamaiii kwn yg merokok , jenuh dah dok sekeh luku bebuih ckpp tanak dgr .

Yanie J said... Reply

agk2 klo rokok naik smpai rm100,ada x org nk beli?

salsabila said... Reply

hahaha,,nice post..sy belajar pasal benda ni tyme form 3..
tp kat sini sy kongsi la sket cter pakcik saya..hairan jugak..dia seorang perokok tegar sejak dia muda2 lagi lah..tp mungkin rezeki dia,, dia dikurniakan SEPULUH orang anak..;)

alhamdulillah,, family saya tiada yang merokok..melainkan pakcik2 saya..lagi satu..menjadi perokok pasif lagi bahaya kan dr perokok tegar..;) http://kosmo.vivanews.com/news/read/69076-bahaya_perokok_pasif_3_kali_perokok_aktif

Daus Ramli said... Reply

@ salsabila : yaya..memang..sebab kita sedut lagi banyak asap rokok daripada perokok regar

titirara said... Reply

Ayah saye ..... :'(

... said... Reply

as salam..
syukran..
saya tidak merokok.saudara mara pun, tak ramai yang merokok.saya akan sebar2kan..syukran ;)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...