Thursday, December 2, 2010

Perkara Tersirat Dalam Dialog Perempuan



Hola kepada pembaca blog yang tak seberapa ini.Pertama sekali, boleh tak Daus nak tanya soalan? tak boleh? Tak kira! nak tanya jugak!.ok. Hangpa pernah ada awek? Pernah awek hangpa cakap 'fine',5 minit','terima kasih banyak-banyak' ? Pernah tak? Korang tau ka dak apa maksud depa tu?Kalau tak tau mai aq nak habaq kat hangpa



FINE
Depa(perempuan) dok guna ni bila hangpa(laki dan perempuan) dok gadoh. Perkataan ini bermaksud depa nak menghentikan pergaduhan. Terutamanya bila depa dok rasa depa betoi. Dan pada masa yang lama, depa nak hang(laki) diam. Dah tau depa nak hang diam,hang diam la!. Dok nak menang  jugak yang jantan ni pon!
LIMA MINIT
Depa ni dok bohong. 5minit bagi depa samalah 30minit(mungkin lebih) bagi kita. Ianya samalah dengan maggi. Tertulis pada plastik "hanya 3 minit" padahal lebih 3 minit.
TAKDE APA-APA
Ini bermakna “something” dan hang perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan depa yang inginkan hang berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘LIMA MINIT’ dan diakhiri dengan ‘FINE’.
PERGILAH!
(sambil dok angkat kening) depa dok cabar hang. Pastu depa marah. Dari 'TAK ADE APA-APA' pastu 'PERGILAH!' dan diakhiri dengan 'FINE'
PERGILAH
(kening dok rilex). Ini bermakna depa 'mengalah' tak pon 'buat ja la pa hang nak buat sebab depa tak kisah'. Hang hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan ‘TAKDE APA-APA’, ‘FINE’ dan dia akan bercakap kembali dengan hang dalam masa ‘LIMA MINIT’ apabila dia dah sejuk.
MENGELUH YANG KUAT
Ini adalah kenyataan. ‘MENGELUH YANG KUAT’ bermakna depa merasakan hang adalah seorang yang bodoh ketika itu dan depa sendiri terfikir kenapalah depa menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai ‘TAKDE APA-APA’.
MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. ‘MENGELUH YANG PERLAHAN’ membawa maksud yang depa berasa puas. Adalah lebih elok jika hang duduk diam, jangan buat sebarang tindakan… dan depa akan kekal puas.
OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya yang depa boleh buat kat hang. ‘OKAY LAH’ bermakna depa ingin berfikir panjang sebelum depa membalas terhadap perbuatan hang yang telah menyakitkan hatinya.’OKAY LAH’ selalunya digunakan dengan ‘FINE’ bersama ‘Kening Yang Terangkat’.
BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, hang akan dilanda masalah yang besar.
TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberianda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apayang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengankejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat ‘OKAY LAH’.
TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari ‘TERIMA KASIH’. Depa akan menggunakan ini apabila depa dah terlampau marah pada hang. Ini menunjukkan yang hang telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan ‘MENGELUH YANG KUAT’. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas’MENGELUH YANG KUAT’ kerana ini hanya akan membuat dia berkata ‘TAKDE APA-APA’..

Daus : Tak semua perempuan macam ni kot. Kadang-kadang, mereka tak pernah terfikir pon nak buat seperti perkara diatas. So,janganlah anggap semua perempuan berfikiran sama


kredit : JustKhai

15 comments:

Fiqah Alias said... Reply

yeaaahhh...btol3..kaum laki ptot bace nie...kdg2 depa x paham2...kita yg pompuan nie xnkla guna ayt straight to da point kt depa sbb nk jaga hati depaa...tp,depa nie kdg2 x paham2...ish3...
sabaq jalah..

yaya said... Reply

heks ,
ade yg sikit kat yaya :)
p ta semua yaya kai ayat kat atas tue
yaya pena
TERIMAKASIH
TAK DE PAPE
MENGELUH PERLAHAN
TERIMAKASIH BANYAKBANYAK pena skali :P

lilY said... Reply

wakakakaka...
ada lah kot yg sama

adeh.. ! awat hampa laki xphm lagi..
wat2 phm pon xpa aih..hahahha

Anonymous said... Reply

yg bhagian PERGILAH! tu betul la , hehehehe :)

yahaya said... Reply

okey org pompuan tak suka direct..ye la....

cik-terompah said... Reply

erkkkk.... ye ke?

: husna : said... Reply

LOL.... daus.hang ni dup intai perati prangai pompuan ko slme ni?hak3

NAJ HEBAT said... Reply

haih. 3 teratas memang gua punya cara lah. naseb baik 'hang' tu faham.


fine.

haffizmohdnoor said... Reply

mane hang tau nih?? hahahaahahhaha

Afiqah Rozaidi said... Reply

whoaa , like like !

Daus Ramli said... Reply

@ Fiqah Alias : mnjaga hubungan ye?.bagus~! :)

@ Cikk yaya : hehe

@ lilY : eh.Daus ni orang yg memahimai tau?heee(puji diri sndri)

@ Anyss Ferlisa : haha

@ yahaya : perempuan memang macam tu

@ khaiyisah husna : hish.mana ada..hoho

@ Haffiz MohdNoor : Aku tau laa...

♥ Noor Hamira Halim ♥ said... Reply
This comment has been removed by the author.
mohd nasrul said... Reply

aah lah.... ada betol nye ..hmm.. bis tu? apew llaki leh buat? hmm.. kalau yg pempuan ase dea jew betol? yg lelaki mgalah je?

Daus Ramli said... Reply

@ mohd nasrul : cuba bawak berbincang.Peace!

E'Where Rashid said... Reply

wah!!!! bagus information nieyh!!!! nie kne brhati-hati nieyh!!! wkaka
thanks 4 the info.... great!!!!!! ...britain..:P

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...