Monday, November 29, 2010

Tips Tidur Lena


                           

Ramai antara kita yang sering berhadapan dengan masalah bagaimana untuk mendapatkan tidur yang lena dan nyenyak pada waktu malam.
Masalah susah tidur ini merupakan suatu fenomena yang tidak asing lagi bagi masyarakat kita. Dan ini sebenarnya menjadi salah satu sebab utama faktor kemurungan dan keletihan pada keesokan harinya.
Hari ini saya kongsikan 6 tips mudah untuk anda yang berhadapan dengan masalah ini.

1)Langkah pertama ialah amalkanlah untuk keluar menikmati cahaya matahari di awal pagi. Ini dapat membantu menyelaraskan kembali sistem badan anda dan seterusnya membolehkan anda tidur lena pada waktu malam


2)Elakkan juga daripada mendapat cahaya yang terang terutamanya pada waktu malam. Ini kerana cahaya terang boleh mengganggu pengeluaran hormon melatonin.


3)Cubalah dapatkan suasana yang baik dan kondusif untuk tidur. Tak semestinya mewah, tapi cukup andai ianya membuatkan anda berasa selesa. Pastikan bilik tidur anda berada pada keadaan nyaman dan sejuk, elakkan juga daripada dimasuki terlalu banyak cahaya.

                                       
4)Nombor empat ni pun penting. Cuba elakkan daripada berpeluh sebelum tidur. Jika cuaca agak panas, jangan bersenam selepas pukul enam petang kerana ini boleh menaikkan lagi suhu badan anda.

5)Menurut Dr. Ian Smith daripada Papworth Hospital di Cambridge, cahaya biru daripada skrin komputer atau telefon bimbit boleh menurunkan paras melatonin dan menyebabkan anda semakin sukar untuk tidur. Justeru,elakkan daripada melayari komputer terlalu kerap khususnya beberapa minit sebelum tidur.


6)Langkah yang terakhir ialah kurangkan pengambilan kafein seperti minuman ringan, kopi, coklat, teh dan sebagainya. Kalau boleh, elakkan sama sekali selepas waktu tengahari.

8 comments:

Mohd Wakiyuddin Rosnan said... Reply

nice info.. thanks...

Fiqah Alias said... Reply

thanx a lot..insyaallah pasni tdo fiqah akan lebih lena..(^_^)

Daus Ramli said... Reply

@Wakiyuddin : ur welcome.amalkan la ye?
@fiqah : hehe..insyaallah..jangan lupa amalkan

Cempakamelati said... Reply

Masalah saya pulakkan..letak jer kepala ..tidur...kadang anak saya sampai bising ngan saya sebab asik tido jer...he he..camner ya???

emieysandra said... Reply

nice info!
yg pnting, jgn fikir brt2 sblum tidor.
kalau x, tidur pn xbrkualiti.

Daus Ramli said... Reply

@Cempaka : Anak kecik yer?.Kasi dia tido dulu,then baru kamu tido..hehe..habis cerita

@emieysandra : betol tu betol.. silap2 boleh bwak masok mimpi =="

Fizzo said... Reply

info yg menarik.. patut susah la saya tido sejak kebelakangan ni... dh jumpa sebabnya... thanks..

DoRaEmoN LuRvE said... Reply

great!!! nice info ya.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...