Thursday, November 25, 2010

Bulu Badan Anda Lebat? Jangan Risau!


Bulu badan?. Benda apa tu?.Bulu badan disini bermaksud bulu roma,bulu ketiak,bulu dada,misai,bulu tuuuttt, dan apa sahaja bulu yang ada pada seseorang lelaki. Lelaki yang berbulu lebat tidaklah bermakna mereka menabur baja ke bulu mereka mahupon menanam bulu mereka seperti yang telah dilakukan oleh orang-orang yang mempunyai rambut jarang.haha!

Bulu roma badan yang lebat dan penuh menggambarkan lelaki yang ‘viril’ atau ‘macho’. Sebenarnya 70-97% lelaki berbulu lebat manakala hanya 3-30% lelaki tiada bulu roma badan(bulu sikit). Mereka yang  tiada bulu roma badan mengikut keturunan, tapi mereka masih mempunyai sifat kejantanan (auw!).


Bulu roma badan dalam pengaruh baka dan keturunan. Bagaimanapun, bulu roma yang halus akan mula melebatkan dirinya pada beberapa bahagian badan ketika akil baligh dan peringkat dewasa dan lebih kelihatan kepada lelaki.

Tetapi,kepada mereka yang bulu romanya masih belum lebat,terimalah hakikat bahawa anda belum mencapai akil baligh!haha!..Hehe.Gurau je. kepada mereka yang akil baligh,tetapi tidak tumbuh bulu roma,ini bermakna bahagian kulit anda tidak sensetif kepada hormon testosterone.Ketumbesaran bulu roma ini dalam pengaruh hormon testosterone, bulu roma ini digelar bulu roma androgenik. Jika akar rambut atau ‘hair follicle’ tidak sensitif dengan hormon testosterone, kemunculan bulu roma yang dikenal sebagai bulu roma ‘androgenik’ tidak muncul.

Bulu dada di dada lelaki mula muncul pada peringkat akhir remaja dan menjadi lebih lebat pada umur hujung 20tahun dan awal 30 tahun.Jika ia muncul di dada sahaja,itu dikenali sebagai bulu dada fasa 1. Fasa 2 pula corak bulu roma meluas berdekatan kepada buah dada dan fasa 3, bublu roma panjang ke pusat dan fasa ke-4,panjang seluruh dada dan bahagian pusat

Keistimewaan Orang Berbulu Lebat

1) Korang akan boleh memakai beberapa jenis shampoo dalam sebulan kerana shampoo anda cepat habis disebabkan korang boleh menyampoo bulu korang.So,Tiap-tiap minggu,bau badan anda akan bertukar-tukar mengikut jenis shampoo.So,x payah membazir nak beli sabun.

2)Apabila dah menyampoo bulu-bulu anda,pasti ianya akan berasa lembut dan gebu kan?.So, sudah tentu pakwe/makwe korang akan suka membelai bulu korang.Korang tak teringin ke dibelai macam seekor kucing?  

3)Jika anda bosan,bolehlah anda membuat tocang,tak pun anda boleh sikat supaya kelihatan lebih macho.LOL!

4)Anda akan terhindar daripada serangga seperti semut atau nyamuk kerana mereka tidak boleh menembusi bulu korang yang lebat seperti hutan hujan tropika

2 comments:

Dr. Fifi Foodie said... Reply

HAAAHAHAHHAHA! okayyy this is soo funny!

Unknown said... Reply

Wazzap abg n at 0194176025...klu nakk gel Nobulu...bersih kn semua bulu dgn mudah..hnya 20RM jaa...goodbye to bulu...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...