Showing posts with label Kreativiti. Show all posts
Showing posts with label Kreativiti. Show all posts

Monday, January 3, 2011

Sabun Pelbagai Bentuk

Salam 1 Malaysia! Sebelum Daus nak tulis panjang-panjang, Daus nak tanya korang dulu. Korang mandi pakai sabun tak? hehe,, ke mandi kerbau je? what?! korang tak pakai sabun?! hish! tak berbau ke? alaahh..korang pakai perfume cukup la erk? Daus baru beli perfume Dunhill Desire Blue..Wah! nyaman bau dia!hehe..eh..pehal keluar topik nih?hehe

Korang kat rumah selalu pakai sabun jenama apa? yang murah ke yang mahal..orang yang berduit tu mesti pakai yang mahal kan? macam lifebuoy tu..Daus pakai yang murah je..yang RM4.5 ja sebotol..hehe..Mana nak mampu pakai sabun mahal-mahal..Yang murah mampu le, asal wangi sudah le kan? ada orang tu beli sabun punya la bapak mahal, tapi pakai seminggu sekali..pehal? Nak jimat katanya! cis! Kalau nak jimat, baik kau beli yang murah je! Orang beli sabun mahal pon dia nak beli jugak..ni jenis orang yang tak boleh kalah dengan orang lain la ni..lumrah manusia~.. tak boleh tengok orang lain melebih dari dia..

Ok2..kalini Daus nak tunjuk kat korang koleksi sabun-sabun yang pelik pulak..Ada yang bentuk daun,bunga,kek, macam-macam lagi la..Rasanya, sesiapa yang dapat beli sabun ni, mesti dia tak pakai, buat hiasan dalam almari kaca kat rumah je..Mana tak nye, barang-barang payah nak jumpa macam ni kena la simpan. Ingat senang ke nak jumpa sabun macam ni? Kat Muzium Negara pon takde tau!

sabun psp joystick

 sabun air koko XD

Wednesday, December 22, 2010

21 Kaca Mata Yang Kool

Assalamualaikum korang! hehe..korang cuti ni tak pergi mane-mane ke? Daus tak pergi mana pon..Tusyen banyak la katakan~..Tusyen math lah, sains lah, BI lah, macam-macam lagi la! Nasib baik la ada sorang cikgu tu yang cun! tak de lah boring sangat erk? hehe..Cikgu kat tusyen tu memang lawak-lawak belaka..Sambil mengajar, sambil buat lawak. Tapi lawak dia yang berkenaan dengan pengajaran lah.. Cikgu Daus cakap, " buat lawak macam ni baru la baguih.. baru hampa ingat apa yang dah belajaq..ni dok, dok dengaq lawak Nabil tu buat pa.." sambil bercakap dengan loghat Perlis-Abi nya..haha! Korang yang dok Perlis ni tau la macam mana orang Abi cakap.. Kaloh orang Penang..hehe..

Dah-dah Daus! cukup-cukup la tu! cepat sikit uplod gambar tuh! lembab betol lah ko ni..hehe.. Diorang dah tak sabar dah nak tengok gambar-gambar spek tu..Mana la tau depa nak beli kan?hehe..



 mengganggu permandangan betol -,-

Thursday, December 16, 2010

Koleksi Barangan Berinspirasikan Filem Tron

Salam sejahtera pembaca blog Daus yang tak berapa banyak ni..hehe..Ini mungkin entri terakhir untuk tahun ini. Yeah! suka la korang kan? tak payah nak susah-susah datang blog burok ni lagi..sob sob .. Lepas ni, tusyen Daus dah start, alaa,, pehal la start awal sangat kan? Tahun depan pulak exam yang ke-2 penting..hehe..

Ok2..Daus pon malas nak tulis banyak. Korang bukan baca pon! tengok gambar je! hehe.. Korang dah tengok dah filem Tron tu? Best tak? Daus tak tengok lagi.. Tak sempat la..Lagipon nak pergi sinema pon lebih kurang 40KM wooo! naik train bleh la..-,-..Korang nak tengok tak barang-barang yang berinspirasikan filem Tron tu?
Serius Daus cakap, cantik gila beb! lagipon, Daus memang suka lampu-lampu yang macam tu..Apa orang panggil? Laser? LED?Glow in the dark? ntahla..Daus pon bukan tau sangat bab-bab ni..

 orang kampung panggil ini "jaket ada penutup kepala" ye?

 USB

Wednesday, December 15, 2010

Koleksi Lilin Pelik Tapi Cantik

Assalamualaikum korang!. Apa khabar harini? Daus harap sihat lah ye? hehe.. Nak dijadikan cerita, haritu, rumah Daus elektrik terputus. Semua orang pakat cuak..haha..So, mama Daus suruh la Daus pergi kedai belikan lilin 2 kotak. Daus pergi la kedai yang paling dekat, kedai apek Mun. Lilin pulak habis stok! alamak! Apek ni pon satu, tak reti-reti nak check barang ke? Dah jadi macam ni kan susah? lu jugak rugi apek oii..

Tanpa membuang masa(cchewah!mcm ayat karangn bm!), Daus pon pergi ke kedai melayu. Tapi jauh la sikit. fuuhh! penat gua gitau lu! Berjalan beb! Kalau naik motor takpa la jugak..Nasib baik la melayu tu ada jual. Kalau tak memang aku tumpang kedai kau jugak la maknanya..haha..*kedai tu ada elektik! hmm..

So, Daus mintak la kat tauke tu, "bang, lilin ada?"... then

tauke : nak bentuk apa adik? yang flat ke yang bunga-bunga?..
Daus : flat la bang, lambat sikit habis..ambik 2 kotak ye bang..
tauke : nak buat apa dik banyak-banyak? nak bakar rumah ke?
Daus : cakap banyak pulak dia ni. nak jual ke taknak!(dalam hati).. umah elektrik terputus bang..capat la..ada ke tak ni?
tauke : ada-ada..jap ye.."jali!! ambikkan 2 kotak lilin flat kat budak ni!" sambil kata dekat anak dia..

Tamat sudah cerita di kedai tadi tu..hehe.. then, Daus pon dapat idea nak keluarkan entri pasal lilin..Daus pon search la kat Google..Jumpa blog yang tunjuk koleksi lilin cool dan kreatif..Daus pon ada lagi, copy la.. Nak share dengan korang la kononnya.... ok, Jom kita layan lilin pelik+kreatif tu..




Thursday, December 9, 2010

Karya Kertas Dalam Kertas yang Sangat Kool

Salam 1 Malaysia. Korang pernah dengar tak orang buat karya kertas dalam kertas? apa? mustahil? lantak korang la nak caya ke taknak. Kalau tak caya jugak korang boleh tengok gambar kreativiti Anastassea Elias kat bawah ni..


 tomoi/boxing

 mari menyanyi cat rumah~

Wednesday, December 1, 2010

Tatoo Yang Sangat Cool daripada Biasa

Salam sejahtera.Kali ini Daus nak kongsikan karya-karya tatu yang agak kool. Nampak real dan 3D ok?Tak percaya? Jom tengok gambar-gambar di bawah.

                                                                  Cicak Tokke.hehe

                                                                apa spisis ni? tarantula kot

Friday, November 26, 2010

Karya Pelajar Apabila Habis Jawab Exam



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Korang pernah duduki peperiksaan? Mesti pernah kan?Jangan tipulah kalau kata tak pernah. Bila habis exam korang buat apa?Keluar dewan terus?tunggu kawan dulu?tunggu geng keluar dulu?. Bagi yang sudah habis menjawab tetapi masih tidak keluar dewan apa yang korang buat?Mesti tengah tidur kan.Tapi,bagi mereka yang "kreatif", mereka akan menconteng kertas soalan.Nak tengok hasil 'karya unggul' mereka? Tengok la kat bawah ni.









Thursday, November 25, 2010

3D Chalk Drawing

Korang tau tak apa itu 3D Chalk Drawing?.Pernah tengok tak?.Apa?!, x pernah?ok,kat sini korang boleh tengok hasil lukisan dan cara-cara buat lukisan ni.Tapi sayang kan?Lukisan-lukisan yang indah ni tiada diMalaysia.


                                                   "did anyone order mountain dew just now?"

                                                            "marilah rompak istana saya"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...